Hantaran Perkahwinan (Azura) - 21/02/10


Haa... Entry kali ni pasal Azura lagi... hari tu tunang, yang ni kawin pulak.. Majlis berlangsung pada 21/2/2010. Kebetulan masa ni saya baru dapat tau ada isi dlm perut ni.. apa lagi.. arrange hantaran Zura dalam keadaan mabuk2 dan x larat. Tapi terpaksa la buat jugak sebab dah janji dengan orang.. Alhamdulillah la masa tu mak mentua dgn adik ipar (Ain) pun tolong sama... kalau tak mesti tak dapat tido malam sebab nak kena siapkan jugak!

Warna untuk hantaran kawin ni Zura nak warna pink campur biru.. Agak pening sikit sebab masa tu bunga biru jarang jumpa sebab bunga yang dikalerkan sendiri ni tak tahan lama kalau nak dibandingkan dengan bunga yang kaler original. So saya campurkan dengan ribbon dan beberapa bahan lain yang berwarna biru...

Zura bagitau saya masa tu.. "Mak aku tak suka sirih junjung moden masa tunang tu. Dia kata sirih junjung mesti la kena tinggi-tinggi. Tapi aku suka sirih junjung yang moden macam  tu. Kali ni mak aku suruh buat yang tinggi-tinggi" maka saya pun turutkan kemahuan mak Zura...


Gubahan Hantaran Sirih Junjung

Masa hantaran dah sampai kat rumah Zura, dia tunjuk sirih junjung tu kat mak dia pastu dia tanya.. "Cukup tinggi tak ni mak??" hahaha...


Yang ni pulak bekas cincin untuk suami Zura, Arif. Zura yang beli bekas lilin tu untuk letak kat bekas cincin. Hmm.. kebetulan pula dia siap dengan lilin warna pink...



Gubahan Hantaran Bekas Cincin


Gubahan Hantaran Set Minyak Wangi


Gubahan Hantaran Pot Pourri


Gubahan Hantaran Coklat


Gubahan Hantaran Bakul Buah-Buahan

Arif ni suka menunggang motor besar. So Zura hantar kasut boot untuk Arif.

Gubahan Hantaran Kasut


Gubahan Hantaran Set Tali Pinggang & Wallet 


Gubahan Hantaran Sejadah


Gubahan Hantaran Tuala


Gubahan Hantaran Baju Kemeja


Keseluruhan Hantaran


Zura minta saya buatkan bunga tangan @ bridal bouquet untuk dia yang berbentuk bulat. dia kata dia minat bentuk yang macam tu. Untuk bridal bouquet Zura, saya gunakan bunga roses dan baby's breath.


Azura Yang Sweet  =)

Credit to Kak Lat sebab gambar-gambar ni dia yang ambil. Masa tu saya tak ambil gambar pun memandangkan tak larat nak angkat kamera yang berat tu.. huhu...


The Holy Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said: 
"If Allah grants a Muslim a righteous wife, this helps him preserve half of his religion (faith). He should, therefore, fear Allah as regards the other half."
( Marriage quotes from At-Tabarani and Al-Hakim)



Hantaran Pertunangan (Azura) - 25/10/09

Hantaran kali ni saya buatkan untuk Azura yang dok sebelah saya kat office. Kami panggil dia Zura je.. Zura ni suka warna yang terang-terang. Jadi saya fikirkan satu warna yang menyerlah. Saya masih menggunakan roses untuk bunga utama. Kali ni saya pilih warna 'sweetheart yellow'.

Sehari sebelum majlis, saya pergi ke rumah Zura untuk arrange hantaran-hantaran dan beberapa arrangement untuk hiasan ruang menyarung cincin. Evi & Hawa pun datang hari tu untuk tolong-tolong apa yang patut. 

Majlis ni berlangsung pada 25/10/2009. Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang juga dari pihak Zura. Nasib baiklah ada Evi & Hawa.. Saya agak kelam kabut sikit memandangkan saya juga yang mengandam Zura dan ambil gambar.. haha.. nasib baik tak pengsan! Terima kasih untuk Evi & Hawa The Wonder Girls!!



Sirih Junjung Moden


Bakul Buah-Buahan


Pot Pourri


Coklat


Baju Melayu & Sampin


Cupcakes Yang Disponsor Oleh Evi & Hawa


Kek


Keseluruhan Hantaran


Kawan-Kawan Yang Turut Membantu


Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar-gambar di sekitar majlis pertunangan Zura...


Azura & Hawa


Azura Close-Up


Hawa, Evi, Azura & Kak Wan (belakang)


Sempat Lagi Menoleh Ke Kamera


Seisi Majlis Berdoa Memohon Keberkatan


The Holy Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said:

"If Allah grants a Muslim a righteous wife, this helps him preserve half of his religion (faith). He should, therefore, fear Allah as regards the other half."
( Marriage quotes from At-Tabarani and Al-Hakim)

Hantaran Pertunangan (Ain) 27/02/10



Warna coklat?? Saya agak terkejut dgn warna pilihan Ain. Mak mentua dan suami saya pun macam tak setuju. "Ape benda kaler yg ko pilih ni?" suami saya tanya Ain. Ain ni adik ipar saya. Dia minta saya buatkan hantaran tunang dia bertemakan warna coklat. Mula-mula pening jugak fikir macamana nak buat bagi warna coklat ni naik seri. Saya cuba campurkan warna krim dan gold.. maka inilah hasilnya... Agak berpuas hati juga walaupun buat dalam keadaan mabuk dan pening-pening lalat. Hahaha...


Majlis berlangsung pada 27/2/2010 (seminggu selepas majlis perkahwinan Azura) dalam keadaan hujan.. Alhamdulillah.. hujan rahmat.. Pihak lelaki membawa 7 dulang dan dibalas 9 dulang oleh pihak kami..



Sirih Junjung


Tafsir Al-Qur'an & Rihal


Set Minyak Wangi


Kasut


Coklat


Pot Pourri


Set Tali Pinggang & Wallet


Bakul Buah-Buahan


Ain Bersama Keseluruhan Hantaran

Saya buatkan satu 'low & long arrangement' untuk letak kat katil @ dressing table Ain. Saya tambahkan dengan lilin di dalam gelas. Masa hari tu, penuh bilik Ain dengan fresh flowers!


Gubahan Low & Long Di Atas Katil


Gubahan Low & Long Di Dressing Table


Gubahan Low & Long Close-Up


Beginilah Rupa Gubahan Low & Long Bila Lampu Ditutup





'Uthman (b.'Affan) reported it directly from Allah's Apostle (peace and blessings be upon him) that he said:
“A Muhrim should neither marry (in that state) nor make the proposal of marriage.”
(from Muslim)